Samsung telah sedia menawarkan beberapa tablet sebelum ini, termasuk dengan sokongan S-Pen. Sekiranya anda mencari sebuah tablet baru yang hadir tanpa sokongan S-Pen, dan lebih ditujukan untuk menikmati kandungan media dengan mudah, mungkin anda boleh menyemak Galaxy Tab A (2019, 8.0-inci) yang terbaru.
Galaxy Tab A (2019) ini hadir dengan skrin 8-inci pada resolusi 1280×800 menggunakan panel WXGA TFTG, dijana memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut menggunakan bateri 5100mAh bersama-sama dengannya, yang dicas menggunakan kabel mikro-USB.
Melengkapkan ia adalah kamera 8-megapixel dibelakang, dan kamera 2-megapixel dihadapan.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya pada harga RM599 hari ini melalui pengedar rasmi Samsung seluruh negara.