OPPO Mendaftar Tanda Dagang “Find Y” – Pengganti OPPO Find X Akan Datang?

OPPO Mendaftar Tanda Dagang “Find Y” – Pengganti OPPO Find X Akan Datang?

Diterbitkan pada July 9, 2019 oleh .

OPPO dilihat antara pengeluar telefon pintar yang aktif dalam menawarkan sejumlah inovasi baru. Antara invoasi yang dibangunkan mereka termasuklah teknologi pengecasan pantas VOOC, kebolehan zoom optikal, dan terkini, kebolehan kamera hadapan yang ditempatkan di bawah skrin. Apa yang menarik, inovasi ini bukan hanya sekadar konsep, tetapi akan ditawarkan pada peranti keluaran mereka akan datang.

Walau bagaimanapun, OPPO tidak berkongsi apakah peranti yang mereka sedang bangunkan pada saat ini. Namun menurut laman European Union Intellectual Property Office (EUIPO), OPPO telah mendaftar tanda dagang “Find Y” yang mana merupakan penjenamaan untuk telefon pintar berkuasa mereka.

Sekiranya melihat daripada sejarah siri OPPO Find sebelum ini, setiap iterasinya membawa sekurang-kurangnya satu inovasi baru. OPPO Find 7 telah membawakan teknologi pengecasan VOOC buat pertama kalinya, sementara Find X telah menawarkan skrin sepenuhnya bersama sistem pengecasan Super VOOC. Jadi untuk Find Y ini, kita mungkin akan melihat inovasi baru padanya, yang mungkin sokongan kamera di bawah skrin.

Namun begitu, kebolehan kamera di bawah skrin ini dilihat masih asas dan mempunyai beberapa kekangan utama. Kualiti gambarnya dilihat rendah dan sering mengalami isu pendedahan cahaya yang tidak terkawal. Sekiranya OPPO tidak menawarkan solusi seperti penggunaan AI untuk menambah baik kekurangan sistem kamera di bawah skrin ini, kita mungkin tidak dapat melihat teknologi ini disertakan pada model OPPO Find Y.


TIPS & ULASAN