Canon PowerShot G7 X III Dan G5 X II Dilancarkan Dengan Kemampuan Menstrim Terus Ke YouTube Dan Rakaman Video Menegak

Canon PowerShot G7 X III Dan G5 X II Dilancarkan Dengan Kemampuan Menstrim Terus Ke YouTube Dan Rakaman Video Menegak

Diterbitkan pada July 9, 2019 oleh .

Jualan kamera digital mengalami penyusutan tahun demi tahun kerana pengguna cukup selesa dengan kemampuan kamera pada telefon pintar. Tetapi bagi mereka yang masih menginginkan kualiti gambar dan video yang lebih tinggi, kamera digital kompak adalah pilihan yang lebih bijak. Bagi golongan ini, Canon PowerShot G7 X III dan PowerShot G5 X II telah dilancarkan hari ini.

Canon PowerShot G7 X III hadir dengan fungsi melakukan penstriman secara langsung ke YouTube dan merakam video secara menegak khusus untuk media sosial seperti Instagram Stories. Dari segi spesifikasi G7 X III dilengkapi sensor 20.1 Megapixel CMOS sebesar 1 inci, cip pemproses imej DIGIC 8, zum optikal sehingga 4.2X, rakaman video sehingga 4K 30FPS, pengecasan menerusi USB-C dan bicu untuk mikrofon luaran.

PowerShot G5 X II juga dilengkapi sensor 20.1 Megapixel CMOS sebesar 1 inci, cip pemproses imej DIGIC 8, zum optikal sehingga 5X, rakaman video sehingga 4K 30FPS, pengecasan menerusi USB-C dan bicu untuk mikrofon luaran. Kemampuan rakaman video serta aksesori adalah sama seperti G7 X III.

Harga jualan Canon PowerShot G7 XIII adalah $749.99 (~RM 3100) manakala untuk PowerShot G5 X II pula ialah $899.99 (~RM 3728) bermula Ogos ini.


TIPS & ULASAN