Tertiris: Android Q Beta 5 Hadir Dengan Kawalan Gestur Google Assistant Baharu

Tertiris: Android Q Beta 5 Hadir Dengan Kawalan Gestur Google Assistant Baharu

Diterbitkan pada July 9, 2019 oleh .

Android Q Beta 5 akan hadir sekitar hujung bulan ini atau Ogos kelak. Versi beta ini adalah versi yang lebih stabil daripada versi-versi Beta sebelum ini. Antara perkara menarik dalam Android Q Beta adalah kawalan gestur serba baharu dan juga kawalan privasi yang lebih baik dan mendalam.

Terkini, Android Q Beta 5 telah tertiris di arena web dan ia memperlihatkan penambahbaikan terhadap kawalan gestur. Antara kawalan getur baharu yang sudah diketahui adalah kawalan gestur yang lebih memudahkan pengguna menggunakan aplikasi yang masih menggunakan aplikasi dengan menu yang peru ditatal dari kiri ke kanan. Tertiris baru-baru ini, adalah kawalan gestur untuk mengakses Google Assistant.

Tidak pasti kenapa Google tampah sokongan ini, sedangkan Google Pixel 2 ke atas sudah menyokong seruan Google Assistant dengan memicit peranti. Kawalan gestur ini adalah, tatalan dari sudut bawah peranti ke atas. Ia kelihatan amat lancar dan menarik. Sudah pasti kawalan seperti ini jarang diimplementasikan oleh pengeluar peranti Android lain, kerana mereka hadir dengan kawalan gestur tersendiri.

Ia mungkin lebih sesuai untuk peranti yang tidak kemampuan memicit atau butang seruan pembantu maya. Harapnya, ia bukan sahaja terhad kepada Google Pixel dan pengeluar akan mengimplementasikan kepada peranti mereka.


TIPS & ULASAN