CIPA – Pengeluaran Kamera Digital Menjunam 22% Sepanjang 2018

CIPA – Pengeluaran Kamera Digital Menjunam 22% Sepanjang 2018

Diterbitkan pada July 9, 2019 oleh .

Pengeluaran kamera digital telah turun tahun demi tahun sejak pengenalan telefon pintar. Di laman seperti Flickr, lapan dari sepuluh kamera paling popular di kalangan penggunanya adalah iPhone. Kamera telefon pintar adalah lebih mudah digunakan dan mengambil gambar yang baik untuk keperluan harian. Tetapi industri kamera digital semakin tertekan dan menurut angka terkini  Japan Camera & Imaging Products Association (CIPA), pengeluaran kamera digital sepanjang 2018 menjunam 22% berbanding 2017.

Sebanyak 20.2 juta kamera digital dikeluarkan sepanjang 2018 berbanding 24.98 juta kamera digital sepanjang 2017. Canon adalah pengeluar kamera digital terbesar dunia dengan pegangan 40.5% pasaran diikuti oleh Nikon (19.1%), Sony (17.1%), Fujifilm (5.1%) dan Olympus (2.8%).

Berdasarkan angka lima bulan pertama 2019, jumlah pengeluaran kamera digital tahun ini akan sekali lagi merudum berbanding 2018.


TIPS & ULASAN