Logitech G PRO X Dilancarkan Dengan Teknologi Mikrofon Daripada Pembangun Blue Yeti

Logitech G PRO X Dilancarkan Dengan Teknologi Mikrofon Daripada Pembangun Blue Yeti

Diterbitkan pada July 9, 2019 oleh .

Logitech pada hari ini telah memperkenalkan Logitech G PRO X yang memfokuskan kepada kegunaan permainan melalui penawaran audio yang jitu dan berkuasa. Apa yang menarik, ia bukan sahaja menekan aspek audio, malah turut memberi fokus kepada fungsi rakaman melalui keupayaan mikrofon berkualiti tinggi.

Dalam membolehkan aksesori ini menerima suara berkualiti tinggi, Logitech telah bekerjasama dengan Blue iaitu syarikat yang terkenal dalam pembuatan mikrofon berkualiti tinggi. Antara produk yang popular daripada Blue ialah Blue Yeti, iaitu mikrofon condenser yang boleh dihubungkan melalui sambungan USB.

Dengan kerjasama ini, Logitech G Pro X dapat menikmati teknologi BLUE VO!CE yang dapat mengurangkan bunyi hingar (noise) dan ‘hiss‘ secara masa nyata. Perkara ini sekaligus dapat memberi kualiti audio seumpama studio, yang mana mana kelihatan lebih profesional untuk kegunaan penstriman dan e-sukan.

Selain itu, bahagian penutup telinga aksesori ini turut dilengkapi dengan memory foam bagi memberi keselesaan untuk kegunaan jangka masa panjang. Ia juga dijana dengan pemacu (driver) Pro-G 50 mm, sokongan DTS HEADPHONE:X 2.0, selain menyertakan kabel 2 meter yang boleh ditarik keluar daripada aksesori audio ini.

Logitech G PRO X boleh dipra-tempah bermula hari ini pada harga bermula $129.99 (~RM539) melalui halaman rasmi Logitech Global. Logitech turut menawarkan G PRO standard tanpa penyertaan mikrofon daripada Blue melalui harga jualan $99.99 (~RM414).


TIPS & ULASAN