Apple Mengemaskini MacBook Air Dan MacBook Pro – Kini Membawakan Tanda Harga Lebih Rendah

Apple Mengemaskini MacBook Air Dan MacBook Pro – Kini Membawakan Tanda Harga Lebih Rendah

Diterbitkan pada July 9, 2019 oleh .

Selain menamatkan penawaran MacBook 12-inci hari ini, pihak Apple juga turut mengemaskini penawaran MacBook Air dan juga MacBook Pro kepada pengguna. Kedua-dua keluarga komputer riba ini menyertakan spesifikasi lebih terkini, selain pada masa yang sama membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga lebih rendah.

Model asas MacBook Air kini hadir dengan cip Intel Core i5 generasi ke-8, dilengkapi memori 8GB RAM, storan 128GB, selain turut dilengkapi sokongan Touch ID. Ia boleh didapati pada harga RM4699 — sementara pelajar boleh mendapatkannya pada harga RM4299.

Apple MacBook Air

MacBook Pro versi asas pula hadir dengan cip Intel Core i5 generasi ke-8, dilengkapi memori 8GB RAM, storan 128GB, paparan Retina dengan sokongan True Tone, integrasi Touch Bar dan Touch ID. Ia ditawarkan pada harga bermula RM5499 — sementara pelajar boleh mendapatkannya pada harga bermula RM5099.

Bagi anda yang berminat, sudah boleh mendapatkan MacBook Air baru melalui laman rasmi Apple hari ini, sementara model baru MacBook Pro dijangka ditawarkan dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN