Qualcomm hari ini telah memperkenalkan satu lagi cip pemprosesan baru yang ditujukan untuk telefon berspesifikasi asas, iaitu cip Snapdragon 215.
Cip baru ini hadir menggunakan rekaan 28nm, dilengkapi cip empat-teras Cortex-A53 pada kelajuan 1.3Ghz, dan sokongan GPU Adreno 308.
Melalui penawaran cip terbaru ini, ia sekaligus membawakan sokongan dwi-kamera untuk telefon asas – sekaligus mungkin memperlihatkan pelbagai pengeluar menawarkan telefon dwi-kamera pada harga sangat mampu-milik.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar pertama menggunakannya bakal hadir ke pasaran.