Cari @ Amanz

Siri sitkom Friends pada hemat kami adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan. Selama sepuluh musim, kerenah enam rakam baik di kota New York ini membuatkan kami tidak kering gusi dan oleh sebab itu kami akan menontonnya apabila mempunyai masa lapang. Hari ini pihak Netflix mengumumkan siri popular ini akan meninggalkan platform mereka pada 1 Januari 2020.

Buat masa ini ia hanya disahkan akan ditarika dari akaun Netflix pengguna Amerika Syarikat sahaja. Ini adalah kerana Friends akan ditawarkan secara eksklusif pada platform penstriman Warner bermula 2020. Memandangkan kita di Asia Tenggara dan Warner tidak ditawarkan di Malaysia, besar kemungkinan pengumuman ini tidak akan memberikan kesan kepada pengguna tempatan.

Sejak akhir-akhir ini semakin banyak kandungan Netflix ditarik keluar kerana tempoh pelesenan yang tamat. Kandungan Disney seperti Daredevil dihentikan terus kerana tumpuan akan diberikan kepada perkhidmatan Disney+ pada bulan November tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd