AirPods 3 Dengan Sokongan Ketahanan Air Dijangka Akan Hadir Pada Tahun Ini

AirPods 3 Dengan Sokongan Ketahanan Air Dijangka Akan Hadir Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada July 10, 2019 oleh .

Apple AirPods telah memasuki generasi kedua, namun kedua-dua generasi AirPods ini tidak menyertakan sokongan ketahanan air. Walau bagaimanapun menurut perkongsian terkini, Apple dijangka akan melancarkan AirPods generasi ketiga dengan sokongan ketahanan air pada penghujung tahun ini.

Menurut penganalisa yang bernama Daniel Ives, Apple dijangka akan menawarkannya pada sekitar musim perayaan Krismas, seperti mana model asalnya yang dilancarkan pada Disember 2016. Beliau memaklumkan lagi, Apple turut akan menyertakan sejumlah penambah baikan dari segi rekaannya, selain mungkin menyertakan fungsi pembatalan suara hingar (noise cancelation) secara terbina.

Apple AirPods

Laporan ini dilihat bertepatan dengan perkongsian daripada Ming-Chi Kuo, yang mana Apple bakal melancarkan model AirPods baru pada antara suku ke-empat 2019 hingga suku pertama 2020. Menurut laporan Ming-Chi Kuo pada April, ia dijangka akan menyertakan rekaan baru, selain bakal dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding AirPods generasi kedua.

Dengan kehadiran model baru ini, ia membolehkan pengguna menggunakannya dalam pelbagai aktiviti lasak, terutama yang melibatkan aktiviti sukan air. Ia turut dilaporkan akan hadir dengan fungsi pembatalan suara hingar secara terbina, sekaligus menambah baik kebolehan pendengaran audio dan panggilan tanpa sebarang gangguan.


TIPS & ULASAN