Setiap minit ratusan jam kandungan baharu dimuat naik ke YouTube untuk ditonton oleh berbilion pengguna. Sejak kebelakangan ini ramai pengkarya YouTube mengeluh apabila video yang dihasilkan oleh mereka dituntut oleh pemegang harta intelek. Sistem sedia ada tidak memberikan maklumat lengkap tentang kandungan mana yang dituntut sehingga menyebabkan mereka tidak boleh menjana pendapatan.
YouTube telah mengemaskini proses melakukan tuntutan kandungan secara manual oleh pemilik IP. Pertama mereka perlu menyatakan masa kandungan mereka muncul pada video yang ingin dituntun. Dengan ini saluran yang memuat naik video boleh menyunting bahagian yang telah dituntut. Audio pada bahagian video yang dituntut turut boleh dibisukan atau digantikan dengan audio dari senarai muzik tanpa royalti YouTube. Akhir sistem suntingan YouTube akan ditambah baik bagi memudahkan proses suntingan video yang telah dimuat naik. Mereka sedang membangunkan sistem automatik yang menyunting keluar bahagian video yang dituntun dengan hanya menekan satu butang.
Dengan pengenalan garis panduan dan sistem baharu ini, masalah video yang dipadam atau tidak boleh menjana wang dapat diselesaikan dengan lebih saksama.