Mini Cooper KIni Ditawarkan Dalam Versi Elektrik Sepenuhnya

Mini Cooper KIni Ditawarkan Dalam Versi Elektrik Sepenuhnya

Diterbitkan pada July 10, 2019 oleh .

Kenderaan elektrik kini amat popular di negara barat kerana membolehkan pemilik mengurangkan pencemaran peribadi yang selama ini dilakukan menerusi kenderaan berkuasa bahan api fosil. Hari ini Mini Cooper menjadi sebuah lagi kenderaan ikonik kini hadir dalam versi elektrik sepenuhnya bermula tahun hadapan.

 Dari segi rekaan Mini Copper SE tidak banyak berbeza dengan Mini Cooper sedia ada. Pilihan rekaan ini mungkin sedikit mengecewakan kerana konsep Mini Cooper elektrik yang diperlihatkan dua tahun yang lalu kelihatan lebih futuristik. Mini Cooper SE dilengkapi motor 185 kuasa kuda yang memberikannya kemampuan bergerak pada kelajuan maksimum 150 km/k dan jarak operasi sehingga 270 kilometer dengan sekali caj. Kelajuan maksimum kenderaan ini dihadkan oleh pihak Mini.

Kenderaan dilengkapi hanya tiga pintu dan direka untuk kegunaan di dalam bandar. Terdapat dua skrin LCD di dalam kabin untuk memaparkan maklumat pemanduan serta sistem hiburan kada konsol tengah. Walaupun tidak lagi dilengkapi enjin, Mini Cooper SE adalah sedikit lebih berat berbanding Mini Cooper biasa. Jualan akan bermula di United Kingdom pada Mac 2020 pada harga bermula £24,400 (~RM 126,000).



TIPS & ULASAN