Carian
Google Keep Untuk Web Kini Menyokong Tema Gelap
July 10, 2019 Fahim Zahar

Google Keep atau Keep Notes adalah aplikasi mengambil nota daripada Google yang boleh digunakan pada pelbagai platform. Dengan satu akaun Google, segala nota boleh diakses tidak kira pada masOS, iOS, Android, Chrome OS atau lain-lain.

Beberapa bulan lalu, aplikasi ini mula menyokong mod tema gelap. Warna gelapnya agak pelik, kerana ia bukannya hitam – tetapi kelabu dan nota-nota berwarna terus kelihatan pusam dan tidak ceria. Walaupun warnanya sedikit pelik dan tidak ceria, ia tidak menghalang pengguna untuk terus menggunakannya, bagi menjaga kesihatan mata dan juga menjimatkan bateri peranti.

Gambar dari 9to5Google

Terkini, Google Keep versi web sudah mula menyokong tema gelap juga. Cuma, ia diedarkan secara berperingkat dan pengguna GSuites akan menerimanya terlebih dahulu. Google telah pun menjadualkan kemaskini ini untuk diedarkan sejak semalam 9 Julai. Jadi bermula hari ini dan seterusnya anda akan perasan yang Google Keep versi web akan memaparkan notifikasi untuk mengaktifkan mod tema gelap padanya.

Komen