Amazfit GTR Bakal Dilancarkan 16 Julai Ini – Hadir Dengan Kerangka Binaan Titanium

Amazfit GTR Bakal Dilancarkan 16 Julai Ini – Hadir Dengan Kerangka Binaan Titanium

Diterbitkan pada July 10, 2019 oleh .

Huami adalah salah satu daripada syarikat yang dimiliki Xiaomi. Syarikat ini terkenal dengan peranti boleh pakai Amazfit. Bagi mereka yang tidak tahu, syarikat ini juga bertanggungjawab menghasilkan Mi Band. Antara peranti boleh pakai terbaru Huami adalah, Amazfit Verge 2 dan juga Amazfit Verge Lite.

Terkini, mereka telah mengacah di Weibo yang produk terbaru mereka akan hadir dengan skrin bulat dan bateri yang bertahan selama 24 Jam. Mereka kemudiannya menerbit poster yang, peranti boleh pakai baharu mereka ini akan dibina daripada titanium dan ia dinamakan sebagai Amazfit GTR. Amazfit GTR ini akan dilancarkan pada 16 Julai kelak.

Jika dilihat pada poster, ia lebih mirip dengan Amazfit Stratos – iaitu peranti boleh pakai mercu mereka. Cuma tidak pasti jika produk ini dikira sebagai jam tangan pintar atau hanya penjejak kesihatan. Sama-sama kita


TIPS & ULASAN