Amerika Syarikat Akan Mengeluarkan Lesen Khas Untuk Firma Yang Berurusan Dengan Huawei

Amerika Syarikat Akan Mengeluarkan Lesen Khas Untuk Firma Yang Berurusan Dengan Huawei

Diterbitkan pada July 10, 2019 oleh .

Trump sebelum ini telah mengumumkan yang mana syarikat di Amerika Syarikat boleh kembali berurusan dengan Huawei. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah mengeluarkan pengesahan, mengatakan syarikat Amerika Syarikat boleh berurusan dengan Huawei selepas menerima lesen khas, sekiranya ia didapati yang mana urusan perdagangan berkenaan tidak membawa kepada masalah keselamatan negara Amerika Syarikat.

Jabatan Perdagangan turut mengatakan yang mana Huawei akan dikekalkan dalam senarai entiti berkenaan buat masa ini.


Sebelum ini, syarikat Amerika Syarikat telah dihadkan operasi niaga bersama Huawei, sekaligus membuatkan sejumlah syarikat menghadapi kerugian, sementara pihak Huawei pula menghadapi cabaran dalam mendapatkan sejumlah teknologi – termasuk berkaitan sistem operasi Android, mahupun cip pemprosesan.

Walaubagaimanapun, lanjutan daripada itu, Huawei dilihat telah bersedia dengan alternatif tersendiri.

Pada masa yang sama, beberapa syarikat dikatakan telah mula melobi kerajaan Amerika Syarikat, mengatakan teknologi yang ditawarkan mereka kepada Huawei adalah teknologi yang boleh didapati secara terbuka dipasaran, sama seperti kepada pengeluar lain, dan tidak memberikan kesan terhadap keselamatan negara.

Dengan perubahan baru ini, ia mungkin menyelesaikan sejumlah perkara, sekaligus membolehkan pihak Huawei meneruskan penawaran peranti mudah-alih mereka tanpa masalah seperti sebelum ini, sementara syarikat di Amerika Syarikat pula boleh terus berurusan tanpa mengalami kerugian.


TIPS & ULASAN