Axiata Turut Sedang Melihat Untuk Mendapatkan Lesen Perbankan Maya

Axiata Turut Sedang Melihat Untuk Mendapatkan Lesen Perbankan Maya

Diterbitkan pada July 10, 2019 oleh .

Perederan teknologi dengan pesat membawa kepada pelbagai inovasi baru dalam arena kewangan. Tidak ketinggalan adalah bidang perbankan.

Beberapa negara telah mula melihat kearah perbankan maya, dan Malaysia tidak ketinggalan. Sementara pihak Bank Negara Malaysia masih belum mengumumkan secara rasminya berkaitan dengannya secara lebih lanjut, tetapi beberapa spekulasi berkaitan dengannya telah pun hadir.

Lanjutan daripada desas-desus mengatakan Grab sedang melihat untuk menawarkan perbankan maya di Malaysia, kini laporan baru turut hadir mengatakan Axiata turut sedang melihat ke arena sama.

Pada hari ini, salah satu penawaran kewangan yang berjaya daripada Axiata adalah Boost, dan ia telah sedia diterima oleh pelbagai kedai-kedai seluruh negara.

Bank Negara Malaysia dijangka berkongsi lanjut mengenai perbankan maya di Malaysia menjelang akhir tahun ini, dan kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan ini.


TIPS & ULASAN