Cari @ Amanz

Samsung telah pun menjadualkan pengenalan telefon pintar mercu terbaru mereka, Galaxy Note 10 pada bulan Ogos ini. Selari dengannya, kita telah sedia melihat beberapa gambar hadir ke arena web memperlihatkan rekaan Galaxy Note 10, dan hari ini beberapa gambar baru turut hadir ke arena web.

Melalui gambar tertiris baru yang dikongsikan Ishan, ia memperlihatkan dengan lebih jelas akan rekaan Samsung Galaxy Note 10 ini.

Samsung Galaxy Note 10

Galaxy Note 10 dilihat menggunakan rekaan panel skrin dengan skrin berlubang ditengah, selain penggunaan rekaan tri-kamera dibelakang yang disusun secara menegak dan bukan melintang.

Samsung bakal melancarkannya secara rasmi pada awal Ogos 2019 ini, dimana kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya secara rasmi daripada pihak Samsung sendiri. Sementara itu, apa kata anda berkenaan dengan rekaan telefon pintar Galaxy Note 10 ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd