Cari @ Amanz

Kepupusan haiwan merupakan satu masalah yang tidak menjadi perhatian sejagat. Hanya apabila kita kehilangannya barulah kita sedar akan nilai haiwan terancam dan cara memeliharanya supaya ia tidak pupus. .

Pada acara Solve With AI kendalian Google, Julie Cattiau berkongsi mengenai salah satu projek berasaskan kecerdasan buatan mereka yang membolehkan bilangan ikan paus humpback dikira hanya berasarkan bunyi keadaan laut yang dirakam.

Bagi mengesan haiwan-haiwan secara automatik, biasanya akan terdapat kamera atau mikrofon yang disorokkan di kawasan yang menjadi tumpuan haiwan tersebut. Haiwan yang berkumpul di sekitar sensor, akan mengaktifkan sensor tersebut sekaligus membolehkan pengumpulan data dilakukan.

Bagi ikan paus humpback ini, pihak Google telah mengenal pasti corak-corak tertentu yang dihasilkan pada fail audio. Secara kasarnya bunyi yang dihasilkan apabila ikan paus humpback hadir berdekatan dengan lingkungan sensor adalah sekata, walaupun mungin terapat bunyi lain yang menggangu.

Dengan kerjasama NOAA iaitu National Oceaning & Atmospheric Administration Amerika Syarikat, kini Google mempunyai akses tanpa had untuk data sebegini, malahan NOAA turut mempunyai data audio terdahulu, yang telah dirakam pada 12 tempat yang berbeza dan berjumlah 19 tahun data yang telah berjaya diperoleh.

Menariknya, dari sumber audio yang banyak itu, menerusi kecerdasan buatan Google ia dapat mengetahuii kehadiran ikan paus humpback sejak dari tahun 2005. Kecerdasan buatan ini juga dapat membezakan corak audio ikan paus humpback dan juga variasi ikan yang lain dan juga kapal laut yang mungkin melalui kawasan pemantauan tersebut.

Daripada data-data ini juga, maklumat-maklumat lain berkenaan ikan paus humpback dapat diketahui seperti pergerakan mereka, perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, bilangan populasi dalam kawanan ikan dan bermacam lagi yang dapat dikaji.

Menurut Julie lagi, penggunaan data akustik dalam pembelajaran mesin ini hanyalah pada tahap permulaan, dan banyak lagi haiwan-haiwan terancam yang memerlukan pemantauan. Haiwan seperti Dugong mahupun Burung Kenari boleh menggunakan sistem yang sama bagi memastikan kelangsungan mereka di alam yang fana ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd