Cip MediaTek i700 Dilancarkan Untuk Kecerdasan Buatan Pengkomputeran Pinggir

Cip MediaTek i700 Dilancarkan Untuk Kecerdasan Buatan Pengkomputeran Pinggir

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

Di masa hadapan boleh dikatakan kesemua peralatan elektrik akan mempunyai kemampuan dihubungkan antara satu sama lain. Di dalam beberapa situasi peranti berhubung ini memerlukan kuasa untuk memproses sendiri data yang diterima. Untuk keperluan pengkomputeran pinggir ini, cip MediaTek i700 telah dilancarkan.

Ia dilengkapi dua teras cip Cortex-A75 pada kelajuan 2.2GHz dan enam teras cip Cortex A-55 pada kelajuan 2.0GHz. Terdapat GPU PowerVR GM 9446, sokongan kamera sehingga 32-Megapixel dan modem Cat.12 LTE. Ia boleh bersambung kepada WiFi 802.11ac dan bluetooth 5.0.

Dengan dua cip NPU terbina, ia cukup berkuasa untuk digunakan sebagai cip kawalan kenderaan swapandu di dalam gudang, sistem kawalan bangunan pintar dan memproses pembayaran menggunakan wajah pada kedai layan diri. Cip MediaTek i700 akan mula ditawarkan bermula tahun 2020.


TIPS & ULASAN