Facebook Dilaporkan Menandatangani Perjanjian Eksklusif Untuk Permainan VR Assassin’s Creed Dan Splinter Cell

Facebook Dilaporkan Menandatangani Perjanjian Eksklusif Untuk Permainan VR Assassin’s Creed Dan Splinter Cell

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

Musuh utama media sosial ialah permainan video. Apabila pemain menyelami dunia maya mereka, apa yang berlaku di media sosial tidak akan dipedulikan selama beberapa jam. Facebook mengambil alih Oculus dua tahun yang lalu bagi membangunkan platform realiti maya yang dijangka akan popular. Sejak ini beberapa peranti realiti maya telah dihasilkan seperti Oculus Quest.

Menurut laporan The Information, Facebook telah menandatangani perjanjian dengan Ubisoft untuk mendapatkan hak permainan realiti mata Assassin’s Creed dan Splinter Cell. Ini akan hanya disokong pada peranti realiti maya Oculus mereka. Dengan permainan eksklusif, ia akan menarik minat pengguna untuk menggunakan perkakasan buatan mereka.

Apa yang kami rasakan agak menarik di sini ialah di dalam siri AC, mesin Animus yang digunakan untuk menyelami zaman silam kelihatan seperti sebuah Oculus Quest. Watak utama Splinter Cell, Sam Fisher pula memakai teropong pandangan malam yang juga kelihatan seperti sebuah peranti realiti maya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini. permainan video mula mendapat perhatian syarikat seperti Facebook. Snapchat dan Apple. Snapchat melancarkan platform Snap Games mereka April lalu dan Apple pula melancarkan Arcade.

Sumber The Information menerusi The Verge


TIPS & ULASAN