Cari @ Amanz

Fungsi terjemahan teks melalui kamera secara masa nyata disokong oleh aplikasi Google Translate sejak tahun 2015. Pada awalnya hanya bahasa utama dunia seperti Inggeris, Jepun, Cina dan Perancis disokong. Hari ini aplikasi Google Translate dikemaskini dan akhirnya boleh digunakan untuk terjemahan ke Bahasa Melayu.

Selain Bahasa Melayu, sistem ini juga menyokong Bahasa Arab, Hindi, Thai, Vietnam dan banyak lagi. Secara keseluruhan terjemahan teks melalui kamera kini menyokong 88 bahasa. Pengguna bebas menterjemah mana-mana bahasa yang disokong. Sebelum ini hanya terjemahan ke Bahasa Inggeris boleh dilakukan.

Translate juga boleh mengenalpasti bahasa apa yang terpapar pada papan tanda secara automatik. Pengguna hanya perlu memilih butang “Detect Language” di dalam aplikasi. Ini amat berguna jika anda tidak tahu bahasa apakah yang digunakan pada papan tanda yang ingin diterjemah misalnya. Untuk menggunakan fungsi terbaru ini sila kemas kini aplikasi Googke Translate anda ke versi terkini pada peranti Android dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd