Klinik Statik Pos Lemoi Di Cameron Highlands Kini Dikuasakan Oleh Menara Telekomunikasi edotco

Klinik Statik Pos Lemoi Di Cameron Highlands Kini Dikuasakan Oleh Menara Telekomunikasi edotco

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

Pos Lemoi ialah sebuah kawasan di Cameron Highlands yang didiami oleh orang asli yang sehingga kini tidak mempunyai sebarang kemampuan komunikasi dan tenaga elektrik.

edotco, sebuah syarikat pembina peralatan komunikasi tempatan baru-baru ini telah membina sebuah menara telekomunikasi di kawasan tersebut dibawah pelan Natrional Fiberization and Connectivity Plan (NFCP).

Di kawasan tersebut juga adalah Klinik Statik Pos Lemoi yang berkhidmat untuk 600 orang asli di kawasan tersebut. Oleh kerana bekalan elektrik di kawasan tersebut tidak stabil, ia agak sukar untuk klinik tersebut untuk menyimpan ubat-ubatan dan vaksin untuk jangkamasa yang lama.

Melalui menara komunikasi edotco, ia juga mampu membekalkan klinik tersebut dengan tenaga elektrik secara berterusan, dan ini membantu klinik tersebut dari segi penyejukan ubat-ubatan supaya ia mampu bertahan dengan lebih lama.


TIPS & ULASAN