Cari @ Amanz

Peranti Vivo Y12 dilancarkan untuk pasaran India dua minggu yang lalu dengan spesifikasi peranti kelas permulaan. Bagi pengguna di Malaysia, Y12 akan mula dijual bermula 13 Julai pada harga hanya RM599 sebuah dalam pilihan warna Aqua Blue dan Burgundy Red.

Vivo Y12 dilengkapi skrin 6.35″ LCD HD+ bertakuk dengan dengan nisbah 19.3:9, dijana cip MediaTek Helio P22, memori sehingga 4GB, storan sehingga 64Gb, kamera utama 13+8+2 Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 5000 mAh. Sistem operasi Android Pie digunakan dengan pelancar Funtouch OS 9.

Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang, bicu audio, sokongan bluetooth 5,0 dan sokongan 4G. Peranti ini walau bagaimanapun masih lagi menggunakan port pengecasan mikroUSB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd