Cari @ Amanz

Peranti Dengan eSIM Dijangka Akan Mencapai Pengeluaran Sebanyak 2 Bilion Pada 2025

Link Copied!

Dalam membolehkan peranti pintar dihubungkan ke internet secara sendiri, pengeluar telah meletakkan eSIM pada peranti tersebut. Teknologi ini tidak memerlukan pengguna memasang SIM daripada luaran, kerana ia telah diletakkan oleh pengeluar secara terbina. Disebabkan itu ia dinamakan sebagai eSIM atau nama lainnya ‘embedded SIM‘.

Menurut penyelidikan yang dibuat oleh Counterpoint, pengeluaran peranti dengan eSIM akan melonjak kepada 2 bilion menjelang tahun 2025. Selain telefon pintar, ia dijangka akan banyak digunakan pada peranti berhubung (IoT), jam tangan pintar, dan kenderaan bermotor.

Perkara ini dijangka dapat dicapai kerana eSIM sedia memberi manfaat dari segi saiz dan sekuriti. Berbanding SIM biasa, eSIM mempunyai saiz rekaan yang lebih kecil, sekaligus membolehkannya ditempatkan pada peranti pintar yang lebih kompak. Disebabkan ia hadir secara terbina, ia juga tidak dapat ditanggalkan dengan mudah, sekaligus menjamin lebih keselamatan ketika peranti dicuri.

Pada saat ini, eSIM telah mula ditempatkan pada sejumlah telefon pintar dan kenderaan yang membolehkan pengguna memilih pelan data yang ditawarkan. Jadi dalam beberapa tahun lagi, angka penggunaannya tidak mustahil akan mencapai berbilion penggunaan atas pertumbuhan peranti pintar dan IoT yang kian pesat.


Komen ()