Carian
Rekaan Sony Xperia 20 Tertiris Dengan Rekaan Dahi Yang Masih Besar
July 12, 2019 Effi Saharudin

Sony ialah syarikat yang terkenal dengan kedegilan mereka untuk mengikut trend rekaan semasa. Mereka antara yang paling lewat menggunakan rekaan skrin memanjang dan pengguna dwi-kamera. Perniagaan telefon pintar mereka terjejas kerana kedegilan ini sehingga Malaysia tidak lagi menjadi kawasan sasaran jualan mereka. Pagi ini rekaan Sony Xperia 20 telah tertiris dan Sony masih tegar dengan penggunaan dahi yang besar.

Sony Xperia 20 mengekalkan rekaan yang hampir sama dengan Xperia 10 sebelum ini. Dahi yang besar menempatkan kamera swafoto, pembesar suara fizikal dan pelbagai sensor. Skrin 21:9 dipadankan dengan sistem dwi-kamera pada bahagian belakang. Satu perubahan yang dilakukan ialah butang kuasa dan pengimbas cap jari kembali disatukan. Bicu audio pula diletakkan pada bahagian atas. Secara tradisinya Sony akan melancarkan telefon pintar mereka di IFA pada bulan Ogos. Maka bolehlah diramalkan Xperia 20 akan dilancarkan pada acara tersebut.

Komen