Cari @ Amanz

Sistem operasi Chrome OS yang terkini, tidak dinafikan adalah satu sistem operasi yang baik. Ia boleh dikatakan serba lengkap dengan fungsi asas untuk kerja-kerja di pejabat. Sayang sekali, Chrome OS ini masih lagi ‘Chrome’ – jadi penggunaan RAM adalah sangat tinggi dan hanya peranti dengan spesifikasi tinggi sahaja berjalan dengan sangat lancar.

/ TODO(wutao): Options to choose how to layout image, such as STRETCH,
// CENTER, CENTER_CROPPED etc.

Terkini, Chrome Story melaporkan yang Chrome OS mungkin akan hador dengan penyelamat skrin (screen saver) seakan mod Ambient pada Chromecast. Mod ambient pada Chromecast ini boleh dikatakan mirip dengan kunci skrin Windows 10 dengan mod Windows Spotlight diaktifkan. Dengan kehadiran fungsi ini pada Chrome OS, ia akan membantu pengguna yang ‘malas’ untuk mengunci skrin dan akan melindungi kandungan yang terpapar – sebaik sahaja pengguna berhenti menggunakan Chromebook mereka buat seketika.

Sebenarnya sejak tahun 2010 lagi, Chrome OS sudah menguji kod untuk mengimplementasikan penyelamat skrin ini – namun ia dibatalkan. Perlu diingatkan, jika fungsi ini hadir – ia akan menggunakan kuasa yang banyak dan Chromebook anda akan kehabisan bateri dengan lebih pantas dan mungkin akan memperlahankan prestasi peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd