Huawei Mate 20 Pro dilancarkan tahun lalu dengan takuk besar pada bahagian atas skrin untuk sistem pengimbas wajah secara tiga dimensi. Menerusi sistem ini, Mate 20 Pro mempunyai kemampuan yang sama seperti sebuah iPhone XS. Panel hadapan Mate 30 Pro telah tertiris menerusi akaun IceUniverse dan nampaknya sistem imbasan wajah 3D ini akan dikekalkan oleh Huawei.
Takuk besar pada panel skrin Mate 30 Pro jelas kelihatan. Ia juga mempunyai bahagian sisi skrin yang lebih melengkung jika dibandingkan dengan yang ditemui pada Mate 20 Pro dan P30 Pro sebelum ini. Sekiranya panel ini tidak palsu, sistem kamera di bawah skrin yang dipantenkan oleh Huawei baru-baru ini nampaknya tidak akan digunakan pada Mate 30 Pro kelak.
Full-Display v2.0 leaks more and more, at least two mobile phones will adopt such a curved screen to cover the design on both sides, Samsung is too conservative, has killed this similar project, these innovations will be led by Chinese mobile phones. pic.twitter.com/mp2Y6IZjQ0
— Ice universe (@UniverseIce) July 12, 2019