Carian
Syarikat Seru-Pandu Tidak Boleh Mengenakan Komisen Lebih 20%
July 14, 2019 Aman

Salah satu topik yang mencuri perhatian ramai pada minggu lepas adalah berkaitan dengan perkhidmatan seru-pandu, dimana para pemandu diperlukan mempunyai lesen PSV sebelum dapat beroperasi.

Selain daripada berkenaan dengan lesen untuk pihak pemandu, kerajaan juga turut menyentuh berkaitan peraturan yang ditetapkan terhadap pihak yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

Menurut Kementerian Pengangkutan, syarikat perkhidmatan berkenaan diingatkan supaya tidak mengenakan komisen melebihi 20% – seperti yang telah diteapkan pada salah satu dasar.

Kementerian mengatakan mereka mendapati terdapat syarikat yang mengenakan komisen sehingga 25% – melangkaui kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Kementerian turut menekankan yang mana mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat terbabit sekiranya melanggar syarat yang telah ditetapkan – termasuk menarik kembali lesen operasi mereka.

Komen