Imej Pengolokan Rasmi Dan Spesifikasi Xiaomi Mi A3 Tetriris

Imej Pengolokan Rasmi Dan Spesifikasi Xiaomi Mi A3 Tetriris

Diterbitkan pada July 14, 2019 oleh .

Xiaomi mengacah pelancaran Mi A3 semalam yang bakal menggunakan sistem operasi Android One. Hari ini imej pengolokan rasmi Mi A3 telah tertiris ke arena web dan mengesahkan ia adalah penjenamaan semula Mi CC9 yang dilancarkan di China beberapa minggu lalu.

Peranti hadir dengan skrin bertakuk dari keluarga AMOLED, dijana cip Snapdragon 665, memori 4GB RAM dan storan sehingga 128GB. Kamera  utama sebesar 48+8+2 Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Sistem trikamera menyokong lensa sudut ultra lebar tanpa zum optikal. Akhir sekali sebuah bateri sebesar 4000 mAh disertakan. Spesifikasi ini adalah sama dengan spesifikasi Mi A3 Lite yang kami laporkan semalam. Rekaan yang tertiris adalah dalam warna hitam, biru dan putih cerun.



TIPS & ULASAN