Cari @ Amanz

Penternakan haiwan pada skala komersial mendatangkan banyak kesan negatif pada alam sekitar. Najis dari ladang khinzir komersial mencemarkan sungai dan gas metana dari lembu menyumbang kepada pemanasan global. Haiwan di ladang-ladang ini juga tidak dilayan dengan baik dengan video menunjukkan mereka terseksa sebelum disembelih. Ini menyumbang kepada penghasilan daging sintetik yang berasaskan sayur seperti Impossible.

Phuture Food, sebuah syarikat dari Malaysia telah berjaya menghasilkan daging khinzir, kambing dan ayam sintetik berasaskan sayuran. Daging sintetik berasaskan sayuran dihasilkan sebagai jawapan kepada masalah pencemaran akibat penternakan pada skala besar dan untuk mereka yang cakna tentang kekejaman terhadap haiwan tetapi masih ingin mengekalkan diet maging mereka. Phuture Food akan mula memasarkan daging khinzir sintetik mereka di Hong Kong terlebih dahulu sebelum ke Singapura.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd