Cari @ Amanz

Mydin sebelum ini telah sedia bekerjasama dengan pihak Boost dalam membolehkan mereka menerima bayaran secara nirtunai, sekaligus membolehkan pelbagai kedai serbaneka dibawah Mydin turut beroperasi selari dengan perkembangan teknologi.

Menariknya, selain daripada kerjasama dengan pihak Boost, pihak Mydin kini dilihat sedang membangunkan dompet digital mereka tersendiri dinamakan Mydin eWallet.

Mydin eWallet

Buat masa ini, ia masih belum dilancarkan ataupun ditawarkan kepada pengguna untuk digunakan. Namun, aplikasi Mydin eWallet telah pun tersedia di Google Play Store dan Apple AppStore. Percubaan kami sendiri gagal kerana ia tidak menyertakan sokongan pendaftaran buat masa ini.

Daripada penyenaraian aplikasi berkenaan, ia memperlihatkan kebolehan untuk membuat tambah-nilai sebelum dapat menggunakannya di Mydin, selain memudahkan pengguna membuat pemantauan perbelanjaan mereka.

Ia tidak diketahui lagi bilakah dompet digital ini akan dilancarkan secara rasminya kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd