Cari @ Amanz

Ura-ura Samsung akan tidak menyertakan lagi bicu audio pada peranti Galaxy Note 10 mula didengari lebih sembilan bulan yang lalu. Mereka kemudian tidak menyertakan bicu audio buat pertama kali pada Galaxy A8s sebelum turut dilakukan pada Galaxy Fold dan Galaxy A80. Jumlah peranti Samsung tanpa bicu audio akan bertambah dengan Galaxy Note 10+ kelak.

Imej sebenar Galaxy Note 10+ yang sedang menjalani ujian FCC di Amerika Syarikat jelas menunjukkan tiada bicu audio pada bahagian bawah peranti. Hanya port pengecasan USB-C, pembesar suara dan slot untuk S-Pen dapat dilihat. Masih terdapat pembesar suara untuk telinga disertakan pada bahagian atas skrin. Ini adalah berita baik kerana sistem Sound On Display akan digunakan pada Galaxy A80 pada hemat kami masih belum cukup sempurna dengan kualiti audio kurang memuaskan.

Bagi mengurangkan kekecewaan pengguna, Samsung dipercayai akan menyertakan sebuah fon telinga berwayar USB-C AKG dengan sistem pembatalan hingar aktif dengan setiap pembelian. Seperti kami lagi Galaxy Note 10+ adalah lebih tinggi berbanding Galaxy Note 9. Ini adalah kerana ia dipercayai akan dilengkapi skrin sebesar 6.7″ dan bukan 6.4″ seperti Galaxy Note 10/Note 9.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd