Cari @ Amanz

Imej pengolokan rasmi dan spesifikasi peranti Xiaomi Mi A3 telahpun tertiris minggu lalu. Bagi yang tidak sabar lagi untuk memiliki peranti Android One ini, Xiaomi Mi A3 akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai hadapan di sebuah acara di Sepanyol. Seperti tahun lalu dua model, Mi A3 dan Mi A3 Lite dijangka akan dilancarkan serentak.
Bagi yang mungkin kurang arif,  Mi A3 dan Mi A3 Lite hanyalah Mi CC9 dan Mi CC9e yang dijenamakan semula dengan sistem operasi Android One. Kedua-duanya dilengkapi pemproses kelas pertengahan dengan sistem trikamera. Selain itu terdapat juga sokongan pengimbas cap jari bawah skrin. Pelancarannya pasal dinantikan di Malaysia kerana peranti Android One agak popular di negara kita.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd