Carian
Asus ROG Phone 2 Dijangka Menjadi Antara Telefon Terawal Berasaskan Snapdragon 855+
July 16, 2019 Aman

Qualcomm telah pun memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Snapdragon 855+ (855 Plus) secara rasminya pada malam tadi, dan kini pihak Asus memperlihatkan yang mana mereka akan menjadi antara terawal menggunakan cip pemprosesan berkenaan.

Asus dijangka memperkenalkan ROG Phone 2 memfokuskan permua pada minggu hadapan, dan cip pemprosesan terbaru Qualcomm ini dilihat melengkapkan lagi penawarannya. Qualcomm telah mengatakan yang mana cip terbaru ini menawarkan prestasi grafik lebih 15% berbanding versi sebelum ini – sekaligus menawarkan pengalaman permainan lebih baik pada peranti mudah-alih.

Sebelum ini, ketika pengenalan ROG Phone generasi pertama juga, pihak Asus hadir dengan penawaran telefon pintar yang menggunakan cip Snapdragon 845 yang sedikit lebih berkuasa tinggi berbanding versi kebiasaan.

Asus bakal memperkenalkan ROG Phone 2 secara rasminya pada 23 Julai 2019 kelak, dimana selain sokongan cip pemprosesan, ia turut dijangka menawarkan sokongan khusus permua yang lain bersama dengannya.

Komen