Jerman Mengharamkan Penggunaan Microsoft Office 365 Di Sekolah

Jerman Mengharamkan Penggunaan Microsoft Office 365 Di Sekolah

Diterbitkan pada July 16, 2019 oleh .

Sesuai dengan peredaran zaman, pelajar sekolah kini diajar menggunakan perisian Micorosft Office 365 kerana ia akan digunakan di tempat kerja. Tetapi di Jerman, penggunaan perisian popular ini telah diharamkan di negeri Hesse kerana timbul kerisauan tentang privasi pengguna bawah umur.

Microsoft OfficePesuruhjaya untuk Perlindungan Data dan Kebebasan Maklumat Hesse (HBDI) mendapati pada tetapan standard, data pengguna yang disimpan ke storan awanan perisian ini mungkin boleh diakses oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. HBDI turut mengisytiharkan Windows 10 dan Office 365 tidak mematuhi undang-undang GDPR Kesatuan Eropah untuk penggunaan di sekolah.

Isu muncul kerana data pelajar dari Jerman dihantar ke pusat pangkalan data yang terletak di Amerika Syarikat. Microsoft menutup pusat pangkalan data mereka di Jerman sejak Ogos 2018. Secara lazimnya pengguna boleh memberikan kebenaran kepada Microsoft dan keselamatan data dapat dijamin. Tetapi menurut undang-undang Jerman kanak-kanak di bawah umur 16 tahun tidak boleh memberikan kebenaran dan sekaligus menyebabkan perkhidmatan storan awanan Microsoft melanggar undang-undang GDPR.

Oleh sebab pengharaman ini sekolah diminta menggunakan perisian alternatif atau versi laman Microsft Office yang tidak menyimpan data pengguna.


TIPS & ULASAN