Kesemua Iklan Apple Dari 1970an Sehingga Sekarang Boleh Diakses Di Atas Talian
Effi Saharudin
Antara perkara yang membezakan Apple dengan pesaing pada zaman awal kewujudannya ialah pengguna iklan yang kreatif. Iklan Superbowl 1984 mereka masih dianggap klasik dengan parodi dihasilkan sementara siri iklan Mac vs PC memenangi pelbagai anugerah. Bagi mereka yang ingin melihat kesemua iklan yang digunakan Apple sejak 1976, ia kini boleh diakses di atas talian.
https://www.youtube.com/watch?v=axSnW-ygU5g
Koleksi iklan bercetak, video, rekaan Apple Store dan karya digital yang digunakan Apple sejak empat dekat lalu ini dikumpul oleh Sam Henri Gold. Ia adalah usaha individu tanpa bantuan rasmi dari pihak Apple. Gold berkongsi pautan koleksi beliau yang boleh diakses menggunakan Google Drive. Kepada peminat tegar Apple atau mereka yang menggemari sejarah pengiklanan, koleksi Sam Henri Gold boleh diakses menerusi pautan di bawah.
I've decided to open up my Apple video archive via Google Drive as a sorta test flight to make sure all the dates are accurate and to ensure I haven't missed anything, check it out and enjoy! Feedback encouraged :) https://t.co/B2U7KlzZ9n pic.twitter.com/G1iLMmFHJN
— Sam Henri Gold (@samhenrigold) June 21, 2019
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.