Galaxy Note 10+ Dijangka Menyokong Pengecasan 45W – Namun Pengecasnya Hanya Berasaskan 25W

Galaxy Note 10+ Dijangka Menyokong Pengecasan 45W – Namun Pengecasnya Hanya Berasaskan 25W

Diterbitkan pada July 16, 2019 oleh .

Samsung dijangka akan melancarkan siri Galaxy Note 10 pada 7 Ogos ini, yang mana bakal memperlihatkan sejumlah variasi berbeza. Pada variasi Galaxy Note 10+, ia dilaporkan akan menyokong pengecasan 45W, namun pengecasnya tidak memanfaatkan kebolehan ini secara sepenuhnya.

Perkara ini dilaporkan oleh @UniverseIce yang terkenal dengan perkongsian mengenai peranti Samsung. Beliau menyatakan Galaxy Note10+ akan menyokong pengecasan pantas yang hebat, namun pengecas yang bakal dibekalkan hanya berasaskan 25W.

Langkah ini dilihat menyerupai dengan Apple yang mana turut membekalkan pengecas yang kurang berkuasa – walaupun iPhone 2017 dan ke atas sedia menyokong pengecasan pantas. Berbeza dengan Huawei dan OPPO, mereka tetap membekalkan pengecas berkuasa tinggi seperti apa yang dipasarkan pada sesebuah peranti tersebut.

Walaupun Samsung tidak dapat membekalkan pengecas 45W secara tersedia, pengguna masih dapat menikmati masa pengecasan yang singkat melalui pengecas 25W. Pengecas 25W turut digunakan pada Samsung Galaxy A70, yang mana dapat mengecas peranti di bawah 2 jam untuk kapasiti bateri 4500 mAh.


TIPS & ULASAN