CreditScore iMoney Menjadikan Semakan Status Kewangan Pengguna Malaysia Lebih Mudah Diakses Secara Percuma

CreditScore iMoney Menjadikan Semakan Status Kewangan Pengguna Malaysia Lebih Mudah Diakses Secara Percuma

Diterbitkan pada July 16, 2019 oleh .

Bermula hari ini, iMoney telah melancarkan alat skor kredit secara percuma – CreditScore iMoney. Platform ini hadir dalam Bahasa Malaysia bersama dengan kempen tagar #JomSkor digital mereka. Pelaksanaan platform ini bertujuan memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia menyemak skor kredit dan mengambil langkah sewajarnya dalam meningkatkan status kewangan mereka.

Untuk makluman anda, pelancaran kempen ini merupakan tindak balas iMoney terhadap status kewangan rakyat Malaysia. Berdasarkan data iMoney, empat daripada 10 pengguna CreditScore iMoney yang ingin memohon kad kredit atau pinjaman mempunyai skor rendah hingga wajar (fair), menyebabkan mereka menghadapi cabaran sewaktu permohonan produk kredit.

Malah, menurut laporan Kementerian Kewangan menyatakan lebih 100,000 rakyat Malaysia telah diisytiharkan bankrap antara 2013 dan 2017, di mana 60% daripada mereka berumur antara 18 hingga 44 tahun. Adanya kemudahan ini dapat memberi galakkan kepada pengguna untuk mendaftar dan menyemak skor kredit anda secara berkala. Inisiatif ini juga berupaya membantu mereka memahami status kewangan semasa dan dapat membuat keputusan kewangan yang lebih baik.

Buat anda yang mengetahui maklumat lanjut dan memuat turun laporan CreditScore iMoney secara percuma, bolehlah melayari pada pautan di bawah.

Layari: CreditScore iMoney – #JomSkor Semak Status Kewangan Anda


TIPS & ULASAN