Alexa Kini Boleh Menjadi Pembantu Maya Utama Windows 10 – Cortana Adalah Pilihan

Alexa Kini Boleh Menjadi Pembantu Maya Utama Windows 10 – Cortana Adalah Pilihan

Diterbitkan pada July 16, 2019 oleh .

Pada awal tahun, Microsoft telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Cortana bukan lagi pesaing terhadap mana-mana pembantu maya. Cortana akan mempunyai fokus yang tersendiri, seperti integrasi dalam perisian Microsoft Office atau pada pelancar Microsoft Launcher. Sebelum ini, Microsoft memang sudah bekerjasama dengan Amazon untuk mengintegrasi Alexa pada produk-produk mereka.

Terkini, Alexa bukan sahaja terdapat pada Skype atau Xbox –  tetapi kini ia akan diintegrasi dalam Windows 10. Bukan itu sahaja, Cortana kini bukan lagi terbina secara terus dalam sistem. Ia kini bertindak sebagai aplikasi sistem tersendiri dan boleh dikemaskini melalui Windows Store. Kemudian, Microsoft juga akan membenarkan Alexa terus menjadi pembantu maya utama dan turut boleh menyeru ‘Alexa’ untuk menyahkunci peranti.

Jika anda menggunakan Windows 10 versi percubaan, bulan lepas rekaan Cortana telah dikemaskini dengan antaramuka yang lebih mesra pengguna. Alexa ini hanya akan hadir dalam Windows 10 versi percubaan binaan 18362.10005, yang diedarkan bermula hari ini. Tetapi disebabkan Alexa khusu untuk negara seperti Amerika Syarikat, ia mungkin tidak begitu lancar jika digunakan di Malaysia.


TIPS & ULASAN