Twitter Untuk Web Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Lebih Kemas

Twitter Untuk Web Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Lebih Kemas

Diterbitkan pada July 16, 2019 oleh .

Platform media sosial Twitter adalah lebih senang digunakan pada aplikasi telefon pintar dan Tweetdeck. Versi web selama ini amat tidak mesra pengguna dan kami sendiri secara peribadi amat jarang menggunakannya. Tetapi hari ini antaramuka Twitter.com telah dikemaskini untuk lebih selari dengan rekaan aplikasi.

Menu untuk ciapan, mesej dan mesej peribadi diubah dari bahagian atas ke bahagian sisi kiri skrin. Terdapat tab khas untuk Boomarks, Lists dan juga Explore. Tema gelap juga ditawarkan dalam dua tona iaitu Dim dan Lights Out dengan pilihan kedua dengan latar belakang hitam.

Sebuah lagi fungsi yang telah laman diminta ialah lebih mudah bertukar-tukar antara akaun. Ini amat berguna bagi mereka yang mempunyai lebih dari satu akaun. Pihak Twitter berkata antaramuka ini diberikan hari ini tetapi kami masih belum menerimanya lagi.


TIPS & ULASAN