Cari @ Amanz

Selain daripada membangunkan peranti pintar, Sony juga turut mempunyai sejumlah aksesori menarik seperti kabel dan pengecas peranti. Terkini, mereka telah menawarkan hub USB-C tersendiri dengan penawaran kelajuan terpantas di dunia.

Hub USB-C MRW-S3 ini adalah satu-satunya peranti yang menyokong piawaian USB terkini iaitu USB 3.1 Gen 2. Ia mampu menawarkan kelajuan setinggi 1,000 MB/s dan sangat ditujukan untuk kegunaan profesional seperti jurugambar dan penghasil kandungan kreatif.

Hub ini menyertakan 1x USB-A dan 1x USB-C berasaskan USB 3.1 Gen 2, yang mana dapat memberi pemindahan data terpantas ketika dihubungkan ke storan SSD luaran. Ia juga menyertakan 1x HDMI dengan sokongan 4K @ 30 fps, selain hadir dengan 1x USB PD untuk kebolehan mengecas peranti sehingga 100W. Ia juga mempunyai 1x slot kad microSDXC dan 1x slot kad SDXC yang menyokong piawaian UHS-II.

Walau bagaimanapun, Sony tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai tarikh dan harga jualannya buat masa ini. Namun dengan adanya hub USB-C ini, penggiat kreatif dapat menikmati pemindahan data yang pantas melalui hub USB yang hadir dengan sambungan menyeluruh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd