Cari @ Amanz

Huawei P Smart Z adalah peranti pertama Huawei dengan kamera pop-naik. Peranti ini sudah kita dengar sejak bulan April lalu, tetapi sehingga hari ini masih tiada perkembangan. Terkini, informasi yang kami terima memberitahu bahawa peranti ini akan dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, ia akan menggunakan nama pasaran yang sedikit berbeza. Nama yang akan digunakan adalah Huawei Y9 Prime 2019. Ini secara tidak langsung meletakkan peranti ini di bawah siri Y. Peranti ini dijana dengan Kirin 710F, dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB atau 128GB. Skrin peranti adalah 6.59-inci bebas takuk LCD dengan dagu yang sedikit tebal. Untuk kamera utama, ia adalah tri-lensa yang menggabungkan lensa 16+8+2 Megapixel dan kamera swafoto pop-naik pula adalah dari lensa 16 Megapixel.

Untuk bateri, peranti ini mempunyai kapasiti 4000mAh dan menggunakan USB-C tanpa sokongan pengecasan pantas. Harga dan tarikh jualan hanya akan diumumkan kelak. Bagi yang berminat dengan peranti ini dan ingin membelinya, nantikan informasi dari kami di Amanz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd