Cari @ Amanz

Sebelum ini, kita telah melihat penawaran SarawakPay oleh kerajaan negeri Sarawak. Selain daripada itu, kini terdapat juga sebuah aplikasi baru yang dinamakan KelantanPay yang dibangunkan dengan sokongan kerajaan negeri Kelantan.

Melalui KelantanPay, ia menjadi dompet digital bersepadu untuk pelbagai transaksi secara nirtunai. Menggunakan KelantanPay, pengguna boleh membuat pembayaran pelbagai bil termasuk Air Kelantan, tambah-nilai prabayar, Majaari, pembayaran parkir, dan beberapa transaksi lain.

KelantanPay

Bagi anda yang menetap di Kelantan, mungkin boleh memuat-turun aplikasi KelantanPay ini di Android dan iOS, dan menggunakannya dalam pelbagai transaksi nirtunai anda.

Terima kasih Pang untuk tips.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd