Oppo Reno 10X Zoom Edisi FC Barcelona Diumumkan

Oppo Reno 10X Zoom Edisi FC Barcelona Diumumkan

Diterbitkan pada July 17, 2019 oleh .

Kelab terbesar di Catalonia dan mungkin seluruh Sepanyol ialah FC Barcelona. Tahun lalu kelab ini meraikan kejayaan ke-26 menjuarai liga dalam sejarah 119 tahunnya. Semalam Oppo menandatangani perjanjian penajaaan selama tiga tahun dengan FC Barcelona dan serentak di acara tersebut Oppo Reno 10X FC Barcelona Edition telah diumumkan.

Ia adalah sebuah Oppo Reno 10X Zoom dengan kemasan warna biru dan merah blaugrana dan logo kelab pada bahagian belakang. Selain kemasan warna rasmi kelab, peranti turut hadir dengan tema tersendiri untuk antaramuka. kerangka dan fon telinga dengan tema warna serupa. Sebelum ini Oppo R7 Plus ,F1 Plus dan R11 edisi Barcelona turut pernah ditawarkan.

Peranti ini dilengkapi skrin 6″ AMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 855, memori 8GB RAM, storan 256 GB, kamera utama 48+13+8 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 4065 mAh. Seperti Huawei P3o Pro, Reno 10X Zoom turut mempunyai zoom optikal 5X menggunakan mekanisme periskop.Peranti ini akan ditawarkan Eropah pada harga 899 Euros (~RM 4140) bermula 27 Julai.



TIPS & ULASAN