Carian
MediaTek Bakal Melancarkan Cip Pemprosesan Memfokuskan Permua – Helio G90?
July 17, 2019 Aman

Pada hari ini, kita telah sedia melihat penawaran beberapa cip pemprosesan yang memfokuskan kepada sokongan grafik, termasuk Qualcomm dengan penawaran Snapdragon 855+ terbaru memfokuskannya. Pihak MediaTek dilihat tidak ingin ketinggalan, dan kini mengacah kehadiran MediaTek Helio G90.

MediaTek G90

Buat masa ini, info penuh mengenai cip pemprosesan berkenaan masih tidak diketahui sepenuhnya. Tetapi, semestinya ramai yang akan menantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan pada bahagian GPU di cip pemprosesan terbaru ini.

Sebelum ini, cip Helio P90 telah hadir dengan sokongan GPU PowerVR GM9446, dan mungkin kita akan dapat melihat peningkatan prestasi GPU pada cip terbaru ini kelak.

MediaTek menjadualkan pengenalannya pada 30 Julai ini, dimana kita akan mengetahui lanjut mengenai cip pemprosesan ini – sekaligus membawa kepada pelancaran lebih banyak peranti memfokuskan permua pada harga mampu milik.

Komen