Carian
MyCyberSale Kembali Untuk Kali Ke-6 – Akan Berlangsung Antara 27 September Hingga 3 Oktober
July 17, 2019 Aman

MyCyberSale merupakan salah satu acara mempromosikan edagang yang dianjurkan oleh PIKOM. Ia telah diadakan beberapa kali sebelum ini, dan untuk 2019, ia kembali untuk kali ke-6.

MyCyberSale 2019 akan berlangsung selama seminggu, antara 27 September hingga 3 Oktober 2019 kelak.

Bagi yang tidak mengenali akan MyCyberSale, ia merupakan salah satu inisiatif dalam mempromosikan industri edagang tempatan. Selain menawarkan diskaun untuk pembelian, ia juga menjadi salah satu titik tolak untuk pelbagai syarikat kecil dan sederhana untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Pihak penganjur MyCyberSale sendiri akan membantu mempromosikan pelbagai produk tempatan supaya mendapat impak tinggi dikalangan pembeli.

Untuk tahun ini juga, MyCyberSale turut diperluaskan pada peringkat ASEAN, dimana ia turut akan berlangsung secara serentak di Taiwan. Beberapa negara lain juga dijangka akan menyertai acara ini dalam masa akan datang.

Komen