Xiaomi Melancarkan Redmi 7A Untuk Pasaran Malaysia – Bermula RM399

Xiaomi Melancarkan Redmi 7A Untuk Pasaran Malaysia – Bermula RM399

Diterbitkan pada July 17, 2019 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar mampu milik untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi 7A. Telefon pintar ini hadir dengan penawaran asas, dan ditawarkan pada harga bermula RM399.

Redmi 7A hadir menggunakan skrin 5.45-inci HD+, dijana cip Snapdragon 439, dan dilengkapi bateri 4000mAh. Ia turut menggunakan kamera belakang 12-megapixel, selain kamera swafoto 5-megapixel. Beberapa ciri khas turut disediakan, termasuk sokongan radio FM, selain ruangan untuk bicu audio 3.5mm.

Di Malaysia, versi 2GB RAM / 16GB storan ditawarkan pada harga RM399, sementara versi 2GB RAM / 32GB storan ditawarkan pada harga RM439.


TIPS & ULASAN