Xiaomi Mi 9T – Telefon Dengan Kebolehan Kamera Yang Baik Pada Harga Yang Sangat Berbaloi

Xiaomi Mi 9T – Telefon Dengan Kebolehan Kamera Yang Baik Pada Harga Yang Sangat Berbaloi

Diterbitkan pada July 25, 2019 oleh .

Xiaomi Mi 9T merupakan satu variasi kepada penawaran Redmi K20 yang mana ia membawakan rekaan dan spesifikasi yang sama, cuma apa yang membezakan kedua dua peranti ini adalah namanya sahaja. Redmi K20 adalah nama peranti ini untuk pasaran global manakala Xiaomi Mi 9T adalah nama yang digunakan untuk pasaran Malaysia.

Sekiranya anda seorang yang sering bermain permua, dan dalam masa yang sama ingin mencari peranti pintar mercu pada harga yang sangat mampu milik, ini adalah sebab mengapa anda perlu memilih Xiaomi Mi 9T sebagai pilihan utama.

1) Rekaan Skrin Hampir Nirbingkai Bersama Kerangka Belakang Dengan Efek Semarak Api

Dari segi rekaan, Xiaomi Mi 9T ini hadir dengan keluasan skrin 6.39 inci AMOLED, tiada takuk pada bahagian atas peranti dan mempunyai dagu yang nipis serta mempunyai pengimbas cap jari di dalam skrin berasaskan optikal.

Rekaan kerangka belakang peranti ini pula dibina dengan bahan kaca bersama rekaan warna yang memberikan efek corak seperti kemarakan api. Pilihan warna yang ditawarkan untuk model Mi 9T ini juga membuatkan rekaannya lebih menawan. Tiga pilihan warna yang ditawarkan adalah Carbon Black, Flame Red dan Glacier Blue.

2) Teknologi Kamera Pop Naik Dengan Kebolehan Rakaman 4K

Selain rekaan kerangka yang cantik, Xiaomi Mi 9T ini juga dilengkapi dengan sokongan kamera yang agak baik. Kita mulakan dengan rekaan kameranya dahulu, dimana telefon pintar ini dilengkapi dengan rekaan kamera pop naik yang diletakkan pada bahagian atas kiri peranti.

Dengan rekaan sebegini, ia dilihat lebih elegan kerana Xiaomi tidak menyertakan sebarang takuk pada skrin peranti hampir nirbingkai ini dan menggantikan kamera hadapannya dengan teknologi kamera pop naik.

Kesan bunyi bersama lampu LED akan dihasilkan apabila kamera swafoto diaktifkan. Kamera pop naik pada Xiaomi Mi 9T ini juga dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kerana ia mampu berfungsi sebanyak 300,000 kali pengaktifan. 

i) Kamera Swafoto Dengan Lensa 20MP

Spesifikasi untuk kamera hadapan Xiaomi Mi 9T ini adalah 20MP f/2.2 yang membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman swafoto panorama, kawalan kamera menggunakan tapak tangan, pengecaman umur, dan banyak lagi.

This slideshow requires JavaScript.

Hasil penggambaran swafoto untuk Xiaomi Mi 9T ini dilihat sangat terperinci, malah pewarnaannya juga dilihat sangat jelas dan sama seperti pewarnaan asal di luar penggambaran. Kamera swafoto ini juga hadir dengan fungsi penggambaran bokeh yang mana ia dapat menghasilkan gambar dengan kemasan latar belakang kabur yang kemas.

ii) Teknologi Tri-Kamera Gabungan 48MP, 13MP dan 8MP

Bagi kamera utamanya pula, ia menyertakan sokongan tri-kamera utama gabungan lensa 48MP f/1.75 26mm, 8MP untuk lensa telefoto bersama bukaan aperture f/2.4 52mm  untuk rakaman zoom optikal sebanyak 2 kali, dan 13MP untuk lensa ultra-lebar.

Dengan gabungan tri kamera ini, ia membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman gambar seumpama juru gambar professional. Hal ini kerana lensa 48MP pada kamera utama ini menyokong untuk membuat rakaman beresolusi tinggi, samaada untuk rakaman gambar atau video beresolusi 4K pada kelajuan 30FPS.

This slideshow requires JavaScript.

Kualiti penggambarannya juga sangat baik dan mengagumkan kerana pewarnaan untuk penggambaran melalui kamera Xiaomi Mi 9T ini adalah sama seperti pewarnaan sebenar. Ketajaman gambarnya juga adalah baik dan tidak keterlaluan. Efek bokeh yang terdapat pada kamera utama Xiaomi Mi 9T ini juga kemas dan terperinci sekaligus membuatkan gambar tersebut seperti diambil menggunakan kamera DSLR.

Malah, penggambaran malamnya juga boleh dikatakan agak baik hasil bantuan teknologi AI yang disertakan ke dalam telefon pintar ini. Hasil pewarnaan untuk penggambaran malam ini agak seimbang sekiranya anda membuat rakaman menggunakan mod malam.

Janaan cip Snapdragon 730 yang disertakan bersama peranti ini juga sedikit sebanyak akan membantu anda untuk membuat penggambaran malam hasil bantuan daripada teknologi AI. Melalui bantuan ini juga, ia membolehkan anda untuk menjimatkan penggunaan bateri dan juga penggunaan storan, dimana ia akan mengecilkan saiz fail gambar agar menjadi lebih ringan.

3) Spesifikasi Yang Baik Seumpama Peranti Mercu Premium

Beralih kepada spesifikasi peranti ini pula, Xiaomi Mi 9T ini dilengkapi dengan skrin beresolusi FHD+ dengan sokongan HDR serta dilindungi oleh Gorilla Glass 5 yang dikatakan mempunyai ketahanan hentakkan daripada 1.6m tinggi jika terjatuh keatas permukaan yang keras dan kasar.

Memorinya adalah sebesar 6GB RAM, manakala storan dalaman yang disertakan untuk telefon pintar ini pula mempunyai dua pilihan, iaitu 64GB atau 128GB.

Bagi anda yang gemar bermain permua, Xiaomi Mi 9T ini dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Jadi, ia tidak menjadi masalah sekiranya anda sering bermain permua kerana prestasi permainan anda tidak akan terganggu kerana kapasiti bateri yang ditawarkan oleh Xiaomi adalah besar.

4) Merupakan Kumpulan Peranti Pertama Yang Dijana Dengan Cip Snapdragon 730

Xiaomi Mi 9T hadir dengan janaan cip Snapdragon 730 yang mana dengan janaan cip pemprosesan ini, ia akan mengoptimasikan penggunaan kamera, permua dan prestasi sesebuah peranti.

Cip pemprosesan Snapdragon 730 ini juga turut dilengkapi dengan CPU satu-teras yang mana ia berkebolehan untuk meningkatkan lagi prestasi peranti sebanyak 35% daripada keluaran sebelum ini dan penggunaan kuasa dapat dikurangkan sebanyak 10% yang dibantu oleh teknologi AI.

Jadi bagi anda yang gemar bermain permua, dengan terbinanya cip pemprosesan Snapdragon 730 ini pada Xiaomi Mi 9T, ia akan menjadikan prestasi permainan anda menjadi lebih lancar dan paparan permua pada skrin menjadi lebih realistik. Ini sekaligus membolehkan anda untuk mendapatkan pengalaman permua yang lebih mendalam dan kepuasan kepada permua.

5) Membawakan Tanda Harga Yang Terendah Di Malaysia Berbanding Harganya Di Pasaran Global

Di pasaran Malaysia, Xiaomi Mi 9T ini membawakan tanda harga serendah RM1199 sahaja. Jika dilihat secara keseluruhan, harga jualan Xiaomi Mi 9T ini di pasaran Malaysia adalah antara yang terendah yang dijual berbanding harganya di pasaran global.

Dengan tanda harga serendah ini, ia membolehkan anda untuk mendapatkan peranti dengan spesifikasi seumpama peranti mercu. Ia sekaligus membolehkan anda yang ingin mendapatkan peranti mercu pada harga yang sangat berbaloi.


Kesimpulan

Kesimpulannya, Xiaomi Mi 9T ini sangat berbaloi untuk dimiliki bagi anda yang sedang mencari sebuah telefon pintar mercu pada harga yang sangat mampu milik.

Hal ini kerana telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin 6.39 inci AMOLED, dijana dengan cip Snapdragon 730, bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Sokongan kamera yang disertakan pada peranti ini pula adalah tri-kamera utama yang menggabungkan lensa 48MP, 13MP dan 8MP. Manakala, sekiranya anda ingin membuat rakaman swafoto, kamera hadapannya yang direka dengan lensa 20MP telah disembunyikan pada rekaan pop naik pada bahagian atas kiri peranti.

Xiaomi Mi 9T ini hadir dengan dua pilihan memori dan storan, iaitu 6/64GB pada harga RM1199 dan RM1399 untuk memori dan storan 6/128GB. Bagi anda yang sedang mencari cari sebuah telefon pintar mercu, tetapi dalam masa yang sama ingin berjimat, Xiaomi Mi 9T adalah antara pilihan yang anda perlu pertimbangkan untuk membeli.

Beli : Xiaomi Mi 9T Melalui Lazada

Penafian: Advertorial Daripada Xiaomi Malaysia


TIPS & ULASAN