Sony α7R IV Dilancarkan Dengan Sensor Bingkai Penuh 61-Megapixel
Artikel Berkaitan

Sony α7R IV Dilancarkan Dengan Sensor Bingkai Penuh 61-Megapixel

Diterbitkan pada July 17, 2019 oleh .

Kamera nircermin bingkai penuh kini mendominasi pasaran dengan Sony berada di hadapan dengan penawaran kamera yang menarik. Terkini kemera Sony α7R IV dengan sensor bingkai penuh sebesar 61-Megapixel Exmor-R CMOS. Ini turut memberikannya kemampuan mengambil sehingga 10 bingkai sesaat dalam mod bingkai penuh atau sehingga 68 gambar diambil secara berterusan. Sistem penstabilan imej lima paksi disertakan dalam badan kamera yang menggunakan lensa E-Mount ini.

Sensor yang digunakan pada model tahun ini adalah peningkatan dari 42.4-Megapixel yang digunakan pada α7R III sebelum ini. Cip pemprosesan imej BIONZ X sekali lagi digunakan yang memberikan kemampuan kepekaan ISO sehingga ISO 32000. Terdapat  567 titik pemfokusan PDAF serta sistem fokus Eye-AF Sony yang menjejak kedudukan objek secara masa nyata.

Bagi yang ingin merakam video, rakaman sehingga resolusi 4K 30FPS HDR boleh dilakukan. Dua slot kad memori SDHC UHS-I/II disertakan bersama dengan sebuah bicu mikrofon 3.5mm, output micro HDMI dan port UBS-C.

Seperti majoriti kamera digital moden, ia boleh ditambat kepada sebuah telefon pintar jika diperlukan menerusi sokongan bluetooth 4.1 dan juga sentuhan NFC. Sony A7R IV akan dijual bermula September ini pada harga $3500 (~RM 14,400) sebuah tanpa lensa.


TIPS & ULASAN