HTC Wildfire Dan Wildfire E1 Tertiris – Siri Peranti Bajet Daripada HTC Bakal Kembali
HTC

HTC Wildfire Dan Wildfire E1 Tertiris – Siri Peranti Bajet Daripada HTC Bakal Kembali

Diterbitkan pada July 17, 2019 oleh .

HTC Wildfire merupakan siri peranti berpatutan yang pernah dilancarkan oleh HTC pada tahun 2011. Siri ini nampaknya akan kembali pada tahun ini, melalui perkenalan sejumlah model Wildfire dengan harga yang berpatutan. Terkini, antara peranti yang telah tertiris ialah HTC Wildfire dan HTC Wildfire E1.

HTC Wildfire dilihat membawa rekaan yang lebih moden, dengan penawaran skrin penuh bersama rekaan bertakuk. Ia didatangkan dengan skrin 6.21-inci HD+, cip MediaTek P23, dan menyertakan memori 3GB RAM. Ia juga dilengkapi dengan sistem dwi-kamera 16MP + 5MP, kamera hadapan 5MP, pengimbas cap jari, dan bateri 3,500 mAh.

Bagi HTC Wildfire E1 pula, ia dilihat dengan rekaan yang lebih ringkas dan lebih kecil berbanding HTC Wildfire. Ia hadir dengan skrin 6.0-inci HD+, cip MediaTek Helio A22, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut dilihat hadir dengan satu kamera utama 16MP, kamera hadapan 8MP, dan kapasiti bateri 3000 mAh.

Walau bagaimanapun, maklumat dari segi tarikh dan harga jualan bagi kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui sehingga kini. Namun dengan komitmen HTC untuk membawa kembali siri Wildfire ini, ia mungkin dapat menarik minat pengguna untuk memiliki peranti HTC berbanding peranti bajet yang lain.


TIPS & ULASAN